bengas Sk | binatang atau lain-lain yang memusnahkan tanaman atau haiwan. | Bukan Kito sendiri tidak tahu kalau bengas sudah menyerang, tiada sesiapa yang dapat menghalang kecuali dijampi dan dimantera. Tulah bukan datang dua atau tiga kali. Tulah hanya akan datang sekali. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lontong II Mr | sejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain. | “Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya. | Perut Meletup Angkara Lontong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |