sapat Ib | tirai yang dibentuk dengan beberapa helai pua kumbu yang tersangkut pada tali dan diikat di antara tiang-tiang di ruai untuk melindungi badan si mati. | Apabila Kumang dan Lulong melangkah ke dalam rumah roh itu sebesar bunga mancis. Akhirnya apabila sampai di ruai Keling dan Laja, roh itu sudah sebesar biji sekoi. Secepat Kumang dan Lulong berada di dalam sapat mereka terus meletakkan roh itu di atas kepala Bunga Eni dan Bunga Satangkai. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sandong, *sandung* Ib | tiang untuk mendirikan patung kenyalang (semasa upacara Gawai Kenyalang). | Kedua kali Begawai Burung, tiang yang didirikan atau tiang sandong ialah daripada buluh betung ataupun batang pinang. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selangking Ib | sejenis kayu keras yang digunakan untuk membuat tiang. | Kali keempat dia bergawai, dia mengadakan Gawai Mendirikan Tiang Sandong, menggunakan inti kayu selangking. Gawai ini juga dinamakan Gawai Lemba Bumbun. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
munti Ib | sejenis buluh, rebungnya boleh dimakan atau dibuat sayur. | Mendirikan tiang kelingkang di tanju semasa tetamu yang dijemput tiba semuanya sudah. Tiang yang didirikan ialah daripada buluh jenis munti. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerunai, *jerunei* Ml | tiang untuk menyimpan mayat keluarga pembesar masa dulu. | Ini adalah adat raja dan adat orang yang mempunyai hamba abdi tatkala itu apabila mereka hendak mendirikan rumah atau mendirikan tiang 'jerunai'. Kononnya itu adalah sebagai persembahan kepada hantu penunggu tempat itu. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
cuat MSr | tiang yang dibuat untuk menyokong pokok lada. | Mujurlah ketika itu dirinya tidak berapa mabuk. Sekali henjut macam hendak menyandang cuat lada kembar empat. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baat Tb | tiang yang digunakan sebagai penanda sempadan tanah. | Dahulu ketua kampung sudah berikan keputusan. Tidak dibenarkan sesiapa antara Lumbai dan Diah melanggar sempadan yang telah ditetapkan. Ketua kampung sendiri yang memacak baat di antara sempadan yang telah dipersetujui. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monolibabou Kd | upacara menilik tapak rumah. | Sebelum memacakkan tiang rumah, mereka juga terlebih dahulu mengadakan upacara "Monolibabou" iaitu satu upacara untuk menilik sama ada tapak kawasan di mana rumah itu akan dibina didiami oleh mahkluk halus yang dipanggil "Pembazabaza" atau tidak. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyulap Ib | mengganti tanaman yang telah mati dengan yang baru (biasanya tanaman jagung atau padi). | Keempat kali Begawai Burung, tiang sandong yang didirikan ialah daripada inti kayu selangking tetapi berbonggolkan tajau. Mantera akan menyentuh berbagai-bagai kisah sehingga kisah nyulap atau menanam jagung. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanjik Ib | bekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi. | Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |