engkabai Ib | sejenis bekas berbentuk bulat dibuat daripada kulit kayu perawan atau kulit kayu meranti untuk menyimpan padi. | Apabila mendengar kata-kata Damu itu Serapoh pula menjawab, “Kalau benar awak hendak beristerikan Remi, tidak dapat tidak saya mesti meminta hantarannya, iaitu tengkorak musuh sebuah engkabai yang bertutup dengan gong.” | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berayas MSr | berhabis-habisan. | Aku mahu bergaya, kalau tidak dapat dengan kebolehan dan kemampuannya sendiri, setelah berlaki aku dapat, apalah yang aku mahu lebih daripada itu? Seolah-olah begitu dia mengatakan kepada dirinya. "Kalau sebelum berlaki atau tidak dapat itu dan tidak dapat ini, serba kekurangan, setelah berlaki berayaslah." | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duya Tb | kemarahan yang tidak dapat dikawal. | Kenapa sampai begitu?” “Datang angin.” “Angin apa?” “Angin duyanya.” “Apa bendanya angin duya tu?” “Mak tak tahu, tak usah cakaplah.” | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
datang kain MBr | datang bulan. | Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beru Ib | perangai atau tingkah laku yang sangat tidak senonoh; buruk perangai. | Dalam hal itu memang bini Seman satu sen pun tidak guna, tetapi Pak Dollah tidak dapat mengatakan apa-apa. Bini Seman orang kesayangan Peot sendiri. Peot adalah bininya. Dalam banyak keadaan salah atau macam beru pun bini Seman, baik juga kata Peot. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
damun Ib | hutan sekunder – kawasan tanah yang ditanam semula untuk berhuma (bukit). | Tanah yang ada ini, awak jaga baik-baik. Ini saja yang dapat ayah tinggalkan untuk awak. Ayah tidak, tidak sempat dan tidak mampu lagi untuk membuka damun baru. Menganyam Kedukaan Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 262 danan Ib sejenis rotan yang batangnya besar. Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. Novel Satangkai Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 263 dapu Kd tajau. Di sekeliling lereng busut beras itu akan ditaburi dengan hugus omuhok" atau pinang muda - ini juga merupakan persembahan kepada semangat dapu atau tajau itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berian MSb | hantaran berupa wang atau harta benda dalam perkahwinan. | Engkau menghabiskan wangmu untuk betina-betina itu, sehingga engkau tidak dapat menjelaskan berian yang masih terhutang itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngelala Ib, MSr | mengenal, mengecam. | Di hadapannya kelihatan beberapa orang pelanggan yang sibuk melayan selera memilih jenis kuih yang hendak dibeli. Dari jarak begitu dia tidak dapat ngelala semua orang, mungkin dari Kampung Lintang dan tidak mustahil juga mereka dari Jalan Istana. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kamah Ib, MSr | kotor. | Dalam kebanyakan hal, Pak Karim lebih melihat Minah sebagai abdi dua orang cucunya itu. Itu pun kerana sikapnya sendiri juga. Dia sendiri yang tidak dapat melihat barang mainan cucunya kamah sedikit. Dia akan cuci sendiri. Dia jemur sendiri jika perlu. Kalau tidak dijemurnya, akan dilapnya hingga kering dan bersih. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |