lusong Ky, Kh, LB, Pe | kurap. | Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
puik Ib | sejenis penyakit kudis seperti bisul. | Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik. Begitu juga dengan bapa saudara mereka, dia tak mahu serumah dengan mereka. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ulun I MSb | orang suruhan, hamba (bahasa halus). | Huma dan sawah mereka luas. Ramai ulun mereka “ulun” inilah menjadi tenaga kerja kepada orang-orang kaya itu, sebab itu mereka tidak lapar. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sidak Ib, MSr | mereka, dia (biasanya untuk merujuk kepada bilangan yang ramai), suatu panggilan yang hormat tanpa menyebut nama). | Apalah nasib kita ni sidak, ada anak, tak sama dengan anak orang lain. Kenapalah Tuhan mengurniakan kita seekor ikan buntal yang tidak boleh berkata apa-apa melainkan berenang-renang di dalam tempayan! keluh Pak Kaduk akan nasib mereka itu. | Novel Dayang Merah Lidi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |