puyut Bj | sapu tangan. | Apabila bersendirian, Rohayu akan selalu mengeluarkan puyut yang tersembunyi di dalam almari pakaiannya. Puyut tenunan tangannya itu sudah tidak seindah dulu lagi. Malah sejak puyut itu dikembalikan kepadanya, sesuatu yang ada dalam dirinya turut mati. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
beganding Kd Tn | upacara tolak bala. | Upacara Beganding ini ialah upacara tolak bala yang selalu diadakan oleh orang-orang Dusun di Kuala Penyu. Tujuan upacara ini adalah untuk memohon perlindungan kepada semangat yang menjaga manusia supaya tidak menimpakan sebarang penyakit kepada orang-orang kampung itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngutik MSr | berhantu. | Buktinya hanya satu, sebelum lawatan itu, memang tempat itu tempat jin bertendang dan mungkin juga kalau tidak kerana nama Petra Jaya itu tempat itu akan kekal menjadi tempat yang selalu dikatakan ngutik. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
selap Ib | rumput yang tumbuh di kawasan gersang. | Tanah yang begitu tandus amat menyedihkan kami, Hanya tumbuh lalang bersama rumput selap padi, Kerana selalu dibakar api, Tempat Dayak berhuma padi tidak menjadi, Disaingi rumput padi mati, …. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |