tekaran Ib | sejenis bekas yang tinggi serta bertiang di keempat-empat sudutnya dan diperbuat daripada anyaman rotan untuk mengangkut padi, saiznya lebih kecil sedikit daripada lanji. | Ada di antara mereka juga berkelahi dengan Duat Simpungga atau Bujang Simputang Medang kerana berebut batu punggung kerengga iaitu satu azimat lama sebesar bakul tekaran. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ningka Ib | sejenis tajau yang bernilai tinggi. | Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sergiu Ib | sejenis tajau yang bernilai tinggi, ia biasanya diimport dari negeri China. | Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
betanda Ib | sejenis tempayan seramik yang bernilai tinggi. Ia menunjukkan status kepada pemiliknya. | Jenis-jenis tajau ini ialah seperti rusa, menaga, ningka, betanda, sergiu dan guci. Tajau yang lebih kecil seperti irun, panding dan jabir juga dibeli tetapi tajau-tajau ini tidaklah sepenting tajau-tajau lain. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |