Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.rai] | تيراي

Definisi : 1. kain yg berumbai-umbai tepinya (perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dll): kerja menghias pentas persandingan, langit-langit, ~, ham­paran sudah siap; 2. kain yg dipasang labuh hingga ke lantai (utk menutup pintu, menye­kat ruang, dll), tabir: ~ ini membahagikan ruang tengah menjadi dua buah bilik; ~ belakang latar belakang (sesuatu perbuatan, perkara, dll); ~ besi garis (sempadan) yg meng­a­singkan negara-negara blok komunis dgn negara-negara blok lain; ~ kelambu kelambu tempat tidur; ~-mirai berbagai-bagai jenis tirai; bertirai berpasang tirai, bertabir: pentas itu belum ~; bertiraikan menggunakan sesuatu (kain dsb) sbg tirai, bertabirkan: ruang itu ~ sehelai kain yg besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.rai] | تيراي

Definisi : 1 kain yg dipasang labuh hingga mencecah lantai utk menutup pentas dll; tabir. 2 kain sutera dll yg berumbai-umbai tepinya utk perhiasan langit-langit tempat tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tirai (kata nama)
Bersinonim dengan langsir, tabir, penutup jendela, bidai, skrin, adang, paldu, perdah, tebeng, tedeng, sekeran, sekesel, layar, layar sebeng, pendinding, kelir, gorden, kerai, belat, korden, langsai;,
Kata Terbitan : bertirai,

Puisi
 

Tirai perak kelambu perak,
     Bantal emas tikar suasa;
Bercerai kasih bertemu tidak,
     Jauh bergantung di atas udara.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sapat Ibtirai yang dibentuk dengan beberapa helai pua kumbu yang tersangkut pada tali dan diikat di antara tiang-tiang di ruai untuk melindungi badan si mati.Apabila Kumang dan Lulong melangkah ke dalam rumah roh itu sebesar bunga mancis. Akhirnya apabila sampai di ruai Keling dan Laja, roh itu sudah sebesar biji sekoi. Secepat Kumang dan Lulong berada di dalam sapat mereka terus meletakkan roh itu di atas kepala Bunga Eni dan Bunga Satangkai.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sayat sa rending Irupacara membuka tirai pelamin semasa majlis persandingan.Pelamin, ditutup dengan kain sebanyak tiga hingga tujuh lapis yang dikenali sebagai sayat sa rending. Upacara untuk membatalkan air sembahyang iaitu dengan cara menyarungkan cincin di jari perempuan.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas