Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti] | تيتي

Definisi : = titian jambatan (drpd batang pokok, papan, dll), lorong kecil (sempit) yg dilapiki papan (batu dsb) tempat berpijak sewaktu berjalan: sepotong batang kelapa dijadikan ~ di atas parit itu; ~ udara jambatan udara; bertiti mempunyai (ada) titi: longkang yg besar itu tidak ~; bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: parit itu ~ batang pokok kelapa; meniti 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; ~ buih a) sudah hampir separas bibir perahu dgn permukaan air (bkn perahu yg sarat); b) ki membuat sesuatu yg sukar; titian 1. titi; 2. ki sesuatu yg menjadi peng­hubung antara dua pihak dll; ~ berakuk tipu muslihat (utk memperdaya orang); ~ air polongan asap prb orang pengantara yg meno (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti] | تيتي

Definisi : , = titian jambatan kecil yg di­buat drpd batang kayu, papan dll. bertiti mempunyai titi. bertitikan mempunyai sesuatu sbg titi: ~ batang kelapa. meniti berjalan di atas titi. penitian perbuatan atau hal meniti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titi (kata nama)
Bersinonim dengan titian, jambatan, gertak, limban, pelimban, sirat, keretek, jejantas, jejambat;,
Kata Terbitan : meniti,

Puisi
 

Ular di titi di kodak,
     Titi mari pandan berduri;
Bunga tinggi penjolok buntak,
     Kalau sudi jatuh sendiri.


Lihat selanjutnya...(31)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
titi rawan Ibtiti yang mesti dilalui oleh setiap roh si mati di dalam perjalanan mereka menuju alam sebayan.Nah! Ini penawar penyakit itu,' kata emak. Tetapi yang anehnya mereka berdua terus menolak saya ke dalam sungai itu. "Hah! Itulah titi rawan," bisik salah seorang dukun yang duduk di situ. "Saya terasa saya jatuh ke dalam sungai membawa penawar yang berupa batu yang diberi oleh emak.Asap Kayu LukaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
andau Ibtiti gantung.Tak senang meniti andau pelangi sekecil lidi. Kau akan binasa di dunia itu wahai bapaku.Dewan Sastera Januari 2003Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
lalau Ibkayu atau buluh yang dibuat pada tangga atau titi sebagai tempat pemegang supaya tidak jatuh.Saya minta pinang yang akan dibelah itu berbunga dan, oleh kerana saya ini datang dari tempat yang jauh, saya mesti minta bedil sebagai titian, sumpitan untuk lalau atau kayu pemegang dan pinggan untuk pergigian titian itu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas