karatung Kd Tm | sejenis tambur kecil. | Gendang boleh ditemui di mana-mana tempat di Sabah. Gendang asli boleh jadi satu muka seperti karatung dari Tambunan dan tontog di kalangan suku kaum Rungus, atau dua muka seperti gandang dari Penampang serta gandang di kalangan suku kaum Rungus. | Pengenalan kepada Alat-alat Muzik Tradisional Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ampur Kd Tm, Kd Rn | harta yang diberikan oleh keluarga isteri. | Isterinya juga akan menyimpan "ampur" atau "noitah" iaitu harta yang diberikan oleh keluarga isterinya. Selalunya, ia terdiri daripada barang-barang perhiasan, pakaian dan kerbau. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |