Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.pi] | توڤي

Definisi : 1. tutup kepala (model Eropah); 2. Pn, bp songkok; ~ baja (besi) topi yg dibuat drpd besi; ~ cetok Jw sj cepiau; ~ gabus sj topi yg bentuknya lonjong; ~ keledar topi yg dipakai penunggang dan pembonceng motosikal; ~ kelepet songkok (yg boleh dilipat-lipat); ~ pandan (tikar) topi drpd anyaman pandan; bertopi memakai topi: askar yg ~ besi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.pi] | توڤي

Definisi : tutup kepala yg biasanya berbirai. ~ besi topi yg dibuat drpd besi (biasanya dipakai oleh askar). ~ keledar topi keselamatan yg dipakai oleh penunggang motosikal dll. bertopi memakai topi; mempunyai topi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata topi

Puisi
 

Nasi kunyit gulai ayam,
     Mari makan di Batu Melintang;
Topi senget jalan malam,
     Jalan mencari sanggul melintang.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lalandau Mrtopi daripada bambu dan dihiasi bulu burung, serta diselitkan bunga-bunga.Kepala penarinya dihiasi dengan Lalandau - iaitu topi yang diperbuat daripada bambu dan dihiasi oleh bulu-bulu burung merak dan burung pakiak (ayam hutan) - ini diselit pula dengan bunga-bunga hutan yang juga beraneka warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rong LBtopi/terendak orang Lun Bawang.Pasanglah beret birar, kalung bau tulang dan pata anet birar. Kalau banyak orang memanggil kamu jangan kamu pergi. Kamu lemparkan rong kamu dan kamu berikan payung kamu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lavong Knsejenis topi daripada rotan, digunakan sebagai perhiasan kepala (dihiasi dengan bulu burung) dan biasanya dipakai untuk sesuatu upacara perayaan.Kepalanya yang ditutupi dengan lavong yang dihiasi dengan bulu merak dan enggang kelihatan berjurai-jurai dengan cantik, cukup untuk menarik perhatian para hadirin.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kuru Mrperhiasan kepala lelaki.Kuru - Topi, yang diperbuat daripada kulit bambu yang dianyam halus, kemudian dililitkan ke kepala dengan keadaan kosong di bahagian atas. `Kuru' ini dihiasi dengan bulu-bulu burung merak yang berwarna-warni bagi mencantikannya.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
talun Kh, LBsejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat pakaian, tali, dan topi.Apabila Acung Belu sudah pergi, Libau Buduk pun duduk berehat di atas lesung sambil menunggu. Tidak berapa lama kemudian, dia pun ternampak seorang yang berpakaian talun membawa tayen belalung.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kolid Kdperisai.Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngolitan Kd Rnbaju ditenun daripada kapas.Semua alat-alat peperangan seperti gayang (pedang), kolid (perisai), topi rotan, ngolitan (baju daripada kapas) dan talipinggang akan diletakkan di tengah-tengah medan `sagindai' untuk diberkati.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sirung Kd, MSbterendak daripada anyaman buluh.Pusat Sains & Pendidikan – direka dengan atap menyerupai seraung atau sirung (topi anyaman buluh tempatan). Pusat Sains & Pendidikan ini memiliki pameran kekal Shell yang akan menawarkan penjelajahan pendidikan tentang kepentingan minyak luar pesisir dan industri gas di Sabah.Brosur Kota Kinabalu Ibu Negeri Peranginan Sabah.Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas