[trau.ma] | تراوما
Definisi : 1. rasa terkejut (terganggu fikiran yg amat sangat) yg meninggalkan kesan yg mendalam, menakutkan dan berpanjangan: pengalaman pernah dijajah oleh bangsa lain itu merupakan ~ yg tidak hilang drpd ingatan kebanyakan penduduknya; 2. (Ubat) kecederaan fizikal akibat sesuatu kemalangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[trau.ma] | تراوما
Definisi : rasa terkejut atau terganggu fikiran yg amat sangat yg meninggalkan kesan yg mendalam dan berpanjangan: mengalami ~ selepas kemalangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)