Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuaian] | تواين

Definisi : yg dituai, hasil menuai: kerajaan telah menetapkan harga padi sebanyak RM16 sepikul bagi padi ~ pertama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuaian] | تواين

Definisi : hasil menuai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuai (kata nama)
Bersinonim dengan penuai, pengetam, ani-ani, tamin, renggam, pisau pemotong padi;,
Kata Terbitan : menuai, tuaian, penuaian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
amavas Mr Tlupacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik.Apabila sahaja padi mula menguning, seorang spesialis upacara amal, biasanya seorang lelaki tua, dipanggil untuk melakukan satu upacara amal, amavas, di petak padi. Upacara ini dilakukan untuk mententeramkan semangat dan menghalau perosak-perosak padi supaya petani mendapat hasil tuaian yang baik.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
angavuvung Mrupacara amal sebagai tanda kesyukuran.Tuaian yang baik dirayakan dengan mengadakan kenduri dan upacara amal sebagai tanda kesyukuran. Upacara ini (angavuvung) berlangsung selama dua hari dan ia dilakukan oleh seorang spesialis upacara amal wanita (yoru).Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tampin Mr Tlproses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu.Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tadang Kdbakul sikutan dibuat daripada jalinan pelepah rumbia dan digunakan utk membawa tuaian padi.Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
kulimbong Mr Tljelapang padi kecil yang diperbuat kulit kayu.Jika hasil tuaian tidak banyak maka padi ini disimpan dalam bekas yang kecil dipanggil kulimbong.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
monogit Kdupacara makan minum bersama keluarga dan jiran yg berlangsung selama seminggu untuk meraikan hasil tuaian yang banyak.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabot dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
babadon Kdsejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada batang padi.Ketika ayah, emak dan kakak saya kepenatan menuai padi, saya pula sibuk mencuba memainkan Babadon tersebut. Kakak saya yang berulang-alik ke pondok untuk menghantar tuaian sering memarahi saya kerana lambat turun ke bendang.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
magintan taduk Kd Kjupacara memuja semangat padi sebelum mula menuai.Upacara Magintan taduk ialah upacara pemujaan semangat padi. Ianya dimulakan ketika upacara mula menuai dilangsungkan. Sebelum upacara magintan taduk ini diadakan, maka adalah dipantangkan untuk memulakan tuaian.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas