Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ba] | توبا

Definisi : sj racun ikan (dibuat drpd bermacam-macam jenis akar yg beracun biasanya akar Derris elliptica); jenis-jenisnya: ~ jenerak, ~ jemu, ~ kapur, ~ seluang, dll; ~ tikus racun pembunuh tikus, berangan; me-mecah ~ menyiarkan khabar hingga men-cemaskan orang; ~ binasa ikan tak dapat prb pekerjaan yg sia-sia atau merugikan; bagai (spt) ikan kena ~ prb tidak berdaya lagi; menuba 1. meracuni (ikan) dgn tuba: mereka pergi ~ ikan di sungai; 2. menyakiti, me­nyeksa (hati, jiwa, dll): dia menangis dgn hati yg dituba oleh perasaan cemburu; penubaan perihal atau perbuatan menuba: ~ ikan di sungai mestilah dibendung dgn segera; penuba orang yg menuba: masyarakat tidak harus mendiamkan diri terhadap perbuatan ~ ikan di sungai itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ba] | توبا

Definisi : ; ~ benar = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Derris elliptica; ~ buah sj tumbuhan (pokok), Diospyros wallichii; ~ seluang (seludang) sj tumbuhan (herba), johong beralih, pancis-pancis, Polygonum barbatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ba] | توبا

Definisi : sj alat muzik tiup drpd kumpulan bras yg lebih besar drpd trompet. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ba] | توبا

Definisi : sj racun yg dibuat drpd bermacam-macam akar yg beracun (spt Derris elliptica). menuba meracun (ikan) dgn tuba: Banyak orang yg pergi ~ ikan di sungai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuba
Rujuk :racun

Puisi
 

Cik Akob mengayak besi,
     Mari tuba di Pulau Lalang;
Pujuklah dia hingga mati,
     Main muda alang kepalang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memecah tuba.

Bermaksud :

Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
ngetu Ibberhenti sebentar.Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jelu Ibbinatang seperti anjing dan kucing.Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empelekong, *empelekung* Ibsejenis ikan air tawar yang kecil dan bersisik.Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas