Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.kul] | توکول

Definisi : = penukul pemukul (kecil), martil; ~ besi tukul yg dibuat drpd besi; ~ kayu tukul yg dibuat drpd kayu; adat ~ lantak bayaran utk menentukan sempadan tanah (memasang pancang dll); tapak ~ kesan drpd melakukan sesuatu (bukti drpd mengerjakan sesuatu); menukul memalu (memantak, melantak, dll) dgn tukul: kepingan logam menjadi panas apabila ditukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.kul] | توکول

Definisi : , = penukul alat utk memantakkan paku dll; pemukul kecil: ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. menukul memalu atau memantakkan dgn tukul: Tukang itu sedang ~ paku ke papan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tukul (kata nama)
Bersinonim dengan penukul, martil, pengetuk, alu, antan, pelantak, pelocok, ganden, penggodam, catuk, gandi;,
Kata Terbitan : menukul,

Peribahasa

Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi.

Bermaksud :

Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
peda Bjsejenis parang.Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi.PendayanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
guuk Bjsejenis parang.Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi.PendayanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas