tingga Ib | sejenis anting-anting yang tebal dan bergelung diperbuat daripada tembaga. | Alangkah menawannya wajah dua orang pemuda itu. Ketika membelit sirat panjang meliliti pinggang, tupai-tupai yang berada berdekatan terpegun sehingga berhenti menggerit buah pinang. Dipasukkan pula anting-anting tingga yang tergantung hingga ke paras bahu. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
temuda Ib | kawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan. | Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empetir Ib | sejenis pokok; Sindora spp. | Tupai pun menghilang di dalam rimbunan daun hijau pokok empetir. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gado Kd | sejenis perangkap tradisional binatang kecil seperti tupai dan tikus yang dipasang pada dahan kayu. | Suku kaum Kadazan juga memburu binatang. Lazimnya, binatang-binatang yang diburu adalah seperti babi hutan, tapir, musang, pelanduk, keluang, kera dan berbagai jenis burung dengan menggunakan senapang, perangkap tradisional seperti "sunggul", "kasip", "tuwil", "gado" dan lain-lain lagi serta bedil yang disebut "bakakuk". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kasip Kd | perangkap yang dipasang di dahan pokok untuk menangkap haiwan kecil seperti tupai. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sadik LB | sejenis perangkap binatang yang diperbuat daripada tali dan rotan. Ia biasanya untuk menjerat tupai. | Si kura-kura sangat marah lalu berteriak, “Awak tunggulah,” lalu bergegas pulang dan dia terus membuat sadik (jerat) dan memasangnya di bawah pokok pisang. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |