pilamong Kd Lt | tajau kecil yang diisi ramuan ubat-ubatan. | Pilamong - tajau kecil yang di dalamnya terdapat ramuan ubat-ubatan - akar-akar kayu, kapas, minyak kepalap dan jerangau. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lupung Ib | sejenis bekas tertutup berbentuk selinder yang dijadikan tempat letak ubat-ubatan dan peralatan yang dimiliki oleh manang. Ia diperbuat daripada kulit kayu enteli, manakala talinya daripada kulit kayu tekalong. Ia biasanya dihias dengan manik dan bulu ayam. | Manang Jamba terus membawa keranjang kecil yang bernama lupung ke bilik. Orang lain juga sama-sama pergi ke dalam bilik menyertai manang. Anak Raja Buaya yang sakit bernama Laminah itu sedang berbaring kerana sakit tenat. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
momolian Kd, Mr | suatu upacara mengubati pesakit. | Apakah dia tergamak memanggil momolian untuk menjampi dan menerangkan ubat-ubatan yang diperlukan, mengikut jenis penyakit yang dipercayai dihidapai oleh ibunya? | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |