tuhau Tb | sejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur. | “Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius. | Kuasa politik | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kacam, *kacham* Ib | sejenis tumbuhan yang masam rasanya dan pucuknya boleh dijadikan sayur atau ulam. | “Terlalu ingin makan udang salai. Kalau dimasak bersama daun kacam, kuahnya saja sudah cukup menyelerakan.” | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |