tambur Bj, Sl | sejenis gendang besar. | Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tambul Bj, Sl | sejenis gendang besar. | Pada umumnya tarian ini ditarikan dengan iringan muzik kulintangan yang berjumlah sembilan biji, dua gong dan sebiji tambur atau ‘tambul’ dalam pengertian suku kaum yang memiliki tarian Tabawan. | Tarian kaum Suluk diminati ramai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumaranun Ir | sejenis tarian yang ditarikan dalam majlis perkahwinan. | Pada umumnya, suku Irranun yang mewarisi Tarian Sumaranun ini menarikan tarian tersebut secara berpasangan dan melalui persembahan inilah suku berkenaan menemui jodoh dan atas sebab itulah ianya juga dinamakan sebagai tarian perpaduan. | ‘Situbau’ sambut pengantin lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
dorongan Kd | tali-tali yang terdapat pada alat muzik tongkongan. | Pada umumnya sebuah Tongkungan mempunyai tali dan ketujuh-tujuh tali berkenaan dinamakan dorongan dan manakala setiap dorongan ini mempunyai nama yang tertentu. | Tongkungan Dimain Ketika Menunggu Padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mansayau Mr | sejenis tarian suku kaum Murut yang menggambarkan tentang sifat kepahlawanan kaum Murut serta digunakan untuk upacara mengubati orang sakit dan pada acara ini seorang bomoh akan digunakan dan biasanya diadakan dalam upacara Mensilad. Tarian ini juga sering dipersembahkan ketika hendak berpindah ke rumah baru atau ketika majlis keramaian seperti pesta menuai atau majlis kahwin. | Dari pergerakan jelas memperlihatkan yang Tarian Mansayau ini memperlihatkan soal kegagahan suku kaum berkenaan di medan peperangan. Jadi, pada umumnya tarian ini ditarikan oleh pahlawan-pahlawan suku kaum Murut yang selalu menghadiri upacara mengayau atau merayau. | Tarian kepingan besi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |