Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : 1. longgokan kayu dll, timbunan, tompokan: ketika petang, mereka membakar ~ dan keluarlah asap yg berkepul-kepul dr daerah itu; 2. = ~ api = api ~ longgokan kayu dll yg terbakar, api longgokan kayu dll: di bawah penyalai itu hidup ~ batang manggis dan batang rambutan; mereka kelihatan duduk berbual-bual di tepi ~ api; berunggun 1. = berunggun-unggun ber-longgok-longgok, bertimbun-timbun, ber-tompok-tompok; 2. sedang membuat api unggun, sedang membakar kayu dll yg dilong-gokkan; 3. masih menyala (longgokan kayu yg dibakar dll); mengunggunkan 1. meletakkan (menyusun dll) kayu dll supaya bertimbun-timbun, me-longgokkan; 2. menimbunkan kayu dll dan dibakar; unggunan 1. longgokan kayu (sampah dll); 2. api unggun: beberapa orang anak kecil dan orang tua sedang duduk-duduk di ke-liling ~ api. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.gun] | اوڠݢون

Definisi : , = unggunan 1 timbunan atau longgokan kayu dll: ~ sampah itu kemudian diangkut dgn lori. 2 = ~ api longgokan kayu atau sampah yg sedang terbakar: Kerana terlalu sejuk, mereka tidur di tepi ~ api. berunggun 1 berlonggok; bertimbun; bertompok. 2 sedang membakar kayu dll yg dilonggokkan. 3 masih berapi (bkn longgokan kayu yg dibakar). mengunggunkan 1 menyusun (kayu dll) supaya bertimbun-timbun; melonggokkan. 2 melonggokkan (kayu dll) utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
unggun
Kata Terbitan : unggunan, berunggun-unggun,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sarongan MSbroh jahat yang merasuk seseorang.Kemungkinan mayat suaminya akan dirasuk oleh roh jahat yang digelar sarongan, biarpun dia telah menghidupkan unggun-unggun api di sekeliling rumahnya sejak semalam.SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
daran LBpara di atas unggun api yang dijadikan tempat menyimpan kayu api.Periuk ini terlalu kecil untuk makananku, katanya lalu mencapai kawah dan menyalakan api di bawahnya. Digoncang-goncangnya daran supaya lipas-lipas jatuh dan terapung-apung di dalam kawah itu.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas