Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
gawai antu Ibupacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban.Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
naik jabar MSrperasaan terlalu marah, naik radang.Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
jerak Ib, Ml, MSrserik.Hatta cakap emak kandung sendiri pun Jimbai sudah bosan. Sudah jerak. Kali ini biarlah dirinya sendiri yang menentukan jawapan yang bakal diberikan kepada urusan dirinya sendiri dan dia akan membantah semua perkara yang patut dibantah.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas