tadau kaamatan Kd, Mr | sejenis perayaan masyarakat Kadazandusun Murut selepas menuai. | Tadau Kaamatan ialah hari kelepasan menuai, yakni merupakan hari di mana penanam padi di kawasan Kuala Penyu telah selesai menuai padi mereka dan mengiriknya sekali. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Butia Nadau Kd Lt | mutiara matahari. | Kemudian para tentagas pun lalu memanggil orang yang ada menyimpan Butia Nadau yakni gemala matahari - sejenis batu yang dipercayai jatuh dari matahari dan dijumpai oleh seseorang sebagai rezekinya. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lampung Bj Sm, Tb | kayu yang lembut dan ringan. | Alat-alat penitik kulintangan dan bebandil terbuat daripada kayu lampung yakni sejenis kayu yang lembut dan ringan, manakala alat-alat pemukul gong terbuat daripada perca-perca kain yang dililit-lilitkan kepada sepotong kayu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
diogik, *oogik* Bj Sm, Kd | irik. | Upacara baasik ini diadakan ketika selesai kerja-kerja mengetam padi. Padi-padi telah disimpan di dalam ketawai sesudah diogik, yakni menanggalkan buah-buah padi dari tangkainya - mengirik. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gadus MSb | sejenis tembaga. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarna-warni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lembak Bj | kain perca berwarna-warni yang dijahit halus, ia biasanya dipasang pada dinding dalam majlis perkahwinan. | Dalam majlis itu Yanti meneliti suasana keriangan yang ada di dalam rumah itu. Perhiasan agak luar biasa. Dinding rumah dihiasi dengan tabir lembak yakni tabir dari perca kain yang dijahit halus berwarnawarni. Langit-langit juga dipasang untuk menutup ruang atas rumah. Perhiasan lain seperti gadus, sumbul, talam semuanya dari tembaga - diatur rapi di atas para di sekeliling rumah. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |