tu'ung, *tuung* MSb | bekas. | ii) Untuk batang padi yang diketam dengan sabit maka batang-batang ini ditumpukkan di atas tikar dan kemudiannya dibanting ke dalam bekas (tu'ung) yang dipasang dengan adangan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gambang II Kd KB | sejenis kain sarung. | Seorang bujang yang berkahwin dengan sepupunya (sudah jauh) maka gadis-gadis yang sepupu dengan sigadis tadi akan menerima adat selimut daripada sibujang tadi seperti berikut:- satu helai kain sarung (gambang). | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ulun II Kn, Ml, MSr | hamba, abdi sahaya. | Tidak seperti Karini yang dipelihara oleh Pak Cik Irom yang membuatnya seperti ulun. | Sitti Ariana | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
utik II Mr Tl | kapak. | Selepas belukar ditebasi, petani itu bergerak ke satu peringkat yang dipanggil antahar. Dalam peringkat ini, beliau menebang semua pokok-pokok besar dengan menggunakan kapak (utik). Selepas ditebang pokok-pokok ini dibiarkan kering. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ilang II Ib, Kn, Kh | sejenis parang, matanya rata pada satu bahagian dan melengkung pada bahagian yang lain, hulunya bercabang, biasanya digunakan untuk ngayau. | Pada ilang, darah masih mengalir jatuh ke dalam lubang. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pugai II LB, Ml, MSr | sesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna. | ada suatu hari, datanglah dukun yang sanggup mengubati Merawi. Dukun yang terkenal itu pandai menilik, pandai mengubati penyakit. Dia juga dikenali oleh sebilangan kecil pemuda di kampung itu, kerana pandai membuat ubat guna-guna, tegasnya pugai-memugai. | Novel Dugaan Terakhir | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ondu II, *tonduk* Kd | perempuan. | Enandakan terasa rambutnya dielus mesra. Dia cuba kembalikan kepada dirinya. Tetapi kalimat kudus yang didengarnya melalui mulut pada ondu dan edi serta emak mentuanya sesekali menggegarkan perasaan. | Serpihan Musim | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
giak II Ib, Kh, MSr | kayu penahan timbau (dinding tambahan pada perahu). | Tangkas tangannya mencengkam erat hujung jangkar yang tergeliat menekan giak depan perahu. Sambil melonjak-lonjakkan tubuhnya, Anjang Husin cuba menolak jangkar sekuat tenaga. | Antologi Cerpen Hati (15 Cerpen dari Bumi Kenyalang) | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lontong II Mr | sejenis racun yang dirumus daripada bisa ular tedung, getah ipuh dan pelbagai bahan lain. | “Kau termakan lontong yang disumbat dalam pisang,” kata bomoh tersebut mengeleng-geleng. Harapan Manasuk untuk sembuh tipis sekali. Setakat ini tiada mangsa lontong yang selamat walaupun bomoh paling hebat dipanggil merawatnya. | Perut Meletup Angkara Lontong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |