Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asal-

Puisi
 

Asal sukun di Laut Jati,
     Terendak Cina jatuh ke ruang;
Patah tumbuh hilang berganti,
     Kasih lama tidak terbuang.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Jenguk pandang tindai-tindai;
     usul-usul,
asal-asal,
     jangan ditinggalkan.

Bermaksud :

Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
isometriisometryPenjelmaan yang menunjukkan objek asal dan imejnya bersifat kongruen. Dalam isometri, jarak antara dua titik pada objek asal sama dengan jarak antara dua titik yang sama pada imejnya. Pantulan, putaran dan translasi merupakan isometri. Lihat rajahMenengah Atas
objekobjectBentuk, rajah atau benda asal dalam pelbagai transformasi.Menengah Rendah
objekobject1. Bentuk, rajah atau objek asal dalam pelbagai penjelmaan. Lihat Contoh 2. Unsur-unsur dalam domain bagi suatu hubungan.Menengah Atas
diskaundiscountPengurangan atau potongan harga daripada harga asal sesuatu barangan yang dibeli.Menengah Atas
diskaundiscountPengurangan atau potongan harga daripada harga asal.Menengah Rendah
faedah kompauncompound interestFaedah yang diterima daripada simpanan atau pinjaman asal dan faedah yang dikumpul setiap tahun. Lihat ContohSekolah Rendah
diskaundiscountHarga atau nilai yang dikurangkan daripada harga atau nilai asal. Lihat ContohSekolah Rendah
isometriisometryPenjelmaan yang mengekalkan jarak di antara dua titik pada objek asal dengan jarak dua titik tersebut pada imejnya, yang juga menyebabkan objek dan imej adalah kongruen. Contohnya, translasi, pantulan, dan putaran.Menengah Rendah
sudut putaranangle of rotationSudut yang terbentuk apabila suatu garis diputarkan dari satu kedudukan asal ke satu kedudukan baru. Lihat ContohMenengah Rendah
vektor negatifnegative vectorVektor yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi bertentangan arah dengan vektor yang asal. Lihat rajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas