[lo.céng] | لوچيڠ
Definisi : (locéng) 1. sj alat drpd logam yg bergeronggang, berbentuk cawan serta mempunyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkapkan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lo.céng] | لوچيڠ
Definisi : /locèng/ alat yg dibuat drpd logam tuangan, berbentuk spt cawan (terdapat logam kecil tergantung di dlmnya) dan berbunyi kuat serta nyaring apabila digoyangkan atau dipukul; genta: ~ elektrik loceng yg dibunyikan dgn tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)