piramid | pyramid | Pepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat rajah | Menengah Atas |
piramid | pyramid | Pepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
songsang sisi | laterally inverted | Perihal imej cermin yang sebelah kanannya ialah objek, manakala sebelah kirinya ialah imej atau sebaliknya. Lihat rajah | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan). | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju sesuatu objek. Bagi halaju bertambah, pecutannya positif, manakala bagi halaju mengurang, pecutannya negatif. | Menengah Rendah |
ketakterhinggaan | infinity | Kuantiti yang tidak mempunyai had. Simbol bagi ketakterhinggaan positif ialah +∞, manakala bagi ketakterhinggaan negatif ialah -∞. | Menengah Atas |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+). | Menengah Atas |
protraktor | protractor | Alat yang digunakan untuk melukis dan mengukur sudut. Protraktor separuh bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 180°, manakala protraktor bulatan digunakan untuk mengukur sudut sehingga 360°. Lihat rajah | Menengah Atas |
nilai kebenaran | truth value | Nilai "benar" atau "palsu" bagi suatu pernyataan logik. Contohnya, nilai kebenaran bagi "1 + 2 = 3" adalah benar, manakala nilai kebenaran bagi "permukaan bumi adalah rata" adalah palsu. | Menengah Atas |