Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bulatan lilitcircumcircleBulatan yang melalui semua bucu poligon. Lihat rajahMenengah Atas
bulatan lilitcircumcircleBulatan yang melalui semua bucu poligon. Lihat ContohMenengah Rendah
bezadifferenceHasil yang diperoleh melalui operasi tolak bagi dua kuantiti. Contohnya, beza 10 dengan 2 ialah 8.Menengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus yang melalui titik tengah bulatan sehingga menyentuh kedua-dua belah bahagian bulatan. Diameter dikenali juga sebagai garis pusat. Lihat ContohSekolah Rendah
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Atas
bentuk piawaistandard formKaedah piawai untuk menulis nombor nyata. Melalui tatatanda saintifik, semua nombor nyata ditulis dalam bentuk A×10n, dengan 1 ≤ A < 10 dan n merupakan integer. Contohnya, 351 ditulis sebagai 3.51 × 10² dalam bentuk piawai.Menengah Atas
datadataKumpulan fakta atau maklumat berkenaan sesuatu perkara yang diperoleh melalui kajian.Menengah Atas
translasitranslationPenjelmaan yang melibatkan pemindahan semua titik pada suatu satah melalui arah dan jarak yang sama. Lihat ContohMenengah Rendah
penjelmaantransformationProses mengubah kedudukan, orientasi atau saiz imej sesuatu objek melalui translasi, pantulan, putaran dan pembesaran.Menengah Rendah
diameterdiameterGaris lurus yang menghubungkan dua titik pada lilitan dan melalui pusat bulatan pada bulatan atau sfera. Lihat ContohMenengah Rendah
12

Kembali ke atas