Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata p

Puisi
 

Petang-petang ribut berdengung,
     Kilat menyambar pucuk pauh;
Petang-petang duduk melengung,
     Orang nak balik tempat jauh.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Biduk pecah nakhoda mati,
     anak buah bercerai-berai.

Bermaksud :

Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

42

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang jauh yang dikejar

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu pelanduk yang dekat ditinggalkan, rusa yang

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
operasi aritmetikarithmetic operationProses penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian ke atas nombor.Menengah Rendah
pantulanreflectionPenjelmaan yang membalikkan titik-titik pada satu satah terhadap satu garis yang dikenali sebagai paksi pantulan. Ciri-ciri pantulan ialah (i) objek dan imej berada pada sebelah yang bertentangan dengan paksi pantulan. (ii) objek dan imejnya mempunyai jarak serenjang yang sama dari paksi pantulan. (iii) bentuk dan saiz imej adalah sama dengan objek, tetapi orientasinya terbalik. (iv) imej bagi suatu titik yang ada pada paksi pantulan ialah titik itu sendiri. Lihat rajahMenengah Atas
putaranrotationPenjelmaan yang berlaku apabila setiap titik pada rajah berputar pada pusat putaran melalui sudut tertentu dan arah tertentu. Lihat ContohMenengah Rendah
pemfaktoran perdanaprime factorisationProses mengungkapkan sesuatu nombor sebagai hasil darab faktor-faktor perdananya. Contohnya, pemfaktoran perdana 48 ialah 2 × 2 × 2 × 2 × 3 = 24 × 3.Menengah Rendah
pekali peloporleading coefficientPekali yang tertinggi dalam suatu ungkapan polinomial dan dalam satu pemboleh ubah. Contohnya, dalam persamaan 4x² + 5x − 1, pekali pelopor ialah 4.Menengah Atas
pemfaktoranfactorisationProses mencari faktor-faktor bagi sebarang ungkapan, atau sebutan algebra. Contohnya, (i) pq + pr = p(q + r). (ii) a² - b² = (a - b) (a + b).Menengah Rendah
titik perpuluhandecimal pointTitik yang mengasingkan nombor bulat dengan pecahan perpuluhan.Sekolah Rendah
polihedronpolyhedronPepejal yang permukaannya terdiri daripada poligon. Lihat ContohMenengah Rendah
haridayUnit bagi tempoh masa bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya, iaitu 24 jam.Menengah Atas
haridayUnit tempoh bumi melengkapkan satu putaran pada paksinya. 1 hari = 24 jam.Menengah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas