pemboleh ubah bersandar | dependent variable | Pemboleh ubah yang nilainya bergantung pada nilai pemboleh ubah tak bersandar. Contohnya, dalam rumus y = x + 2, pemboleh ubah bersandar ialah y dan pemboleh ubah tak bersandar ialah x. | Menengah Atas |
ubahan songsang | inverse variation | Hubungan antara dua pemboleh ubah. Apabila satu pemboleh ubah meningkat, satu pemboleh ubah lagi akan menurun pada kadar malar. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pemboleh ubah bersandar | dependent variable | Pemboleh ubah yang menjadi perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan P ialah pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |
ubahan tercantum | joint variation | Hubungan antara tiga atau lebih pemboleh ubah sehingga satu pemboleh ubah akan berubah secara langsung atau secara songsang dengan pemboleh ubah yang lain. Lihat Contoh | Menengah Atas |
pemboleh ubah tak bersandar | independent variable | Pemboleh ubah yang selain daripada perkara rumus. Contohnya, P = 4x dengan x ialah pemboleh ubah tak bersandar. | Menengah Rendah |
ubahan langsung | direct variation | Hubungan antara dua pemboleh ubah, simbolnya ialah ∝. Apabila satu pemboleh ubah meningkat (menurun), satu pemboleh ubah lagi akan meningkat (menurun) pada kadar malar. Lihat Contoh | Menengah Atas |
fungsi | function | Hubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar. | Menengah Rendah |
pemboleh ubah tak bersandar | independent variable | Lihat pemboleh ubah bersandar. | Menengah Atas |
pemboleh ubah rawak selanjar | continuous random variable | Pemboleh ubah yang boleh mengambil sebarang nilai dalam julat tertentu. | Menengah Atas |
pemboleh ubah rawak diskret | discrete random variable | Pemboleh ubah yang mewakili nilai yang boleh dibilang. | Menengah Atas |