Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang pukul 12 siang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu ketika matahari sangat tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu lebih kurang pukul dua belas siang (hingga sebelum pukul dua siang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tanam mari tengah hari,
     Mana didapati ada tak kena;
Saya menyusun sepuluh jari,
     Jangan diumpat mana tak kena.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Memasang pelita tengah hari.

Bermaksud :

Memberi keterangan tentang sesuatu perkara yang sudah jelas.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
p.m.p.m.Singkatan bagi post meridiem (post meridian), bermaksud selepas tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah hari hingga tengah malam.Menengah Rendah
a.m.a.m.Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian), bermaksud sebelum tengah hari, iaitu tempoh masa antara tengah malam hingga tengah hari.Menengah Rendah
p.m.p.m.Singkatan bagi post meridiem (post meridian) yang bermaksud selepas tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah hari sehingga sebelum tengah malam.Sekolah Rendah
a.m.a.m.Singkatan bagi ante meridiem (ante meridian) yang bermaksud sebelum tengah hari. Ini merujuk pada waktu selepas tengah malam sehingga sebelum tengah hari.Sekolah Rendah
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.) dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:20 p.m.Menengah Atas
sistem 12 jamtwelve-hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 12 jam, bermula dari tengah malam hingga tengah hari (a.m.), dan 12 jam berikutnya bermula dari tengah hari hingga tengah malam (p.m.). Contohnya, jam 1:50 p.m. Lihat ContohMenengah Rendah
waktutimeKetika atau masa tertentu. Waktu dinyatakan dalam unit jam dan minit, pagi, tengah hari, petang, malam atau tengah malam.Sekolah Rendah
haridayTempoh selama 24 jam, dari tengah malam hingga tengah malam hari yang berikutnya. 1 hari = 24 jam.Sekolah Rendah
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Sistem ini dinyatakan dalam empat digit. Contohnya, 1. Jam 1330 bermaksud 1:30 p.m. 2. Jam 0930 bermaksud 9:30 a.m.Menengah Atas
sistem 24 jamtwenty-four hour systemSistem waktu dalam sehari berdasarkan tempoh 24 jam bermula pada 12 tengah malam hingga 12 tengah malam hari yang berikutnya. Contohnya, jam 1330. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas