Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[un.tung.un.tung] | اونتوڠ٢

Definisi : 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[un.tung.un.tung] | اونتوڠ٢

Definisi : kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Apa harap kepada tudung,
     Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
     Untung tidak serupa badan.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Untung sabut timbul,
     untung batu tenggelam.

Bermaksud :

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

 

Lihat selanjutnya...(42)

Lihat selanjutnya...(1)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
untungprofitWang yang diperoleh hasil daripada menjual sesuatu selepas ditolak harga kos. Lihat ContohSekolah Rendah
dividendividendUntung yang diberikan ke atas wang yang dilaburkan untuk perniagaan atau saham.Sekolah Rendah

Kembali ke atas