| kongang Ib, MSr | berkeupayaan, bertenaga. | Kalau dikiranya berat badan perempuan yang tidak bermaya dan mukanya berlumuran putah memang tidak kongang dia hendak membawanya sejauh itu tapi semangat dan rasa kasihannya terhadap perempuan itu, ditambah pula oleh gemuruh amarah yang menggelora dalam dadanya, menambah kekuatan tenaganya. | Novel Ngoncong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| seladan Ib | sejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar. | Beberapa helai seluar dan baju lusuh terbungkus erat dalam sebuah plastik juga dimasukkannya ke dalam perut seladan. | Mengepung Mimpi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| selabit Ib | sejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar. | Maja pun pergilah dengan membawa selabit dan sebaik saja dia pergi Keling dan kawan-kawannya bangunlah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| angkat dara MSr | akil baligh bagi kanak-kanak perempuan. | Pak Bidin lebih berat hendak memikirkan anaknya yang kedua, yang sudah angkat dara sejak sekian lama. Kalau apa-apa berlaku kepada anaknya itu, dan sebelumnya dia menyelak tepi kain orang, kelak akan dijuihi bibir oleh orang lain pula, menyesal tidak sudah jadinya. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sogit Kd, Tb | denda. | Pancuran yang khas untuk wanita-wanita mandi itu selamat tidak ada jejaka yang boleh mengintip mereka mandi. Sogitnya berat, malunya pun sampai ke anak cucu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| entenong, *entenung* Ib | sejenis pokok yang berbatang lurus, kulitnya lembut dan boleh dibuat bekas besar untuk menyimpan padi. | Apakah jenis tangga yang dapat menampung berat isteri awak ini? tanya Nabau. "Cuba ambil kayu entenong sebesar betis untuk tangganya," kata Baring. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| wakid Kd, Tb | bekas yang diperbuat daripada bambu yang dijalin untuk mengisi barang dengan cara dipikul di belakang si pembawa. Ia biasanya digunakan untuk membawa barang berat seperti durian, beras dan sebagainya. | Kraftangan yang dimaksudkan itu adalah untuk beberapa peralatan untuk kegunaan hidup seharian seperti basung, wakid, bohungon, bubuh, kasip, riribu, kolobob dan alat-alat muzik tradisional. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bobogon Kd | sejenis kulit kayu yang boleh diketuk-ketuk/pukul untuk dijadikan cawat. | Sadi mengeluh panjang. Baju tanpa lengan yang penuh dihiasi siput laut, terasa semakin berat dan membebankan jiwanya. Tali pinggang daripada kesumba terasa semakin menjerut perutnya. `Hujung-hujung perut anak isteriku tidak terisi', fikirnya. Kulit kayu jenis `bobogon' yang dijadikan cawat di tubuhnya, diusap lembut. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bombon Kd KB | penanda kawasan larangan. | Merosakkan dengan sengaja tanda kepercayaan orang seperti tonduk sogindai atau bombon adalah salah dan boleh didenda adat seperti berikut: (a) Merosakkan tanda-tanda yang dianggap berat tidak lebih daripada seekor kerbau indung. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |