Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)

128

Cut your coat according to your cloth

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Ukur baju di badan sendiri

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
largu Tbpakaian penari lelaki tarian runsai (tanpa hiasan).Penari-penari lelaki pula sering kali menggunakan pakaian-pakaian seperti di bawah: Largu/Sipakan - Baju jenis largu adalah baju tanpa hiasan apa-apa; manakala baju Sipakan pula adalah baju yang dihiasi dengan tekatan benang aneka warna di samping manik-manik dan butang-butang betawi.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gipis Ihbutang baju.Siujan - Baju yang dihiasi dengan butang yang mereka namakan gipis. Siujaan itu dibuat daripada kain warna hitam.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bangkad Kd Kjsejenis baju tidak berlengan yang dipakai oleh penari lelaki.Baju mereka dikenali dengan nama bangkad - diperbuat daripada benang kapas yang ditenun, potongan baju ini tidak bertangan.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
baju sampit, *badu sampit* Bj Smsejenis baju tradisional mengikut potongan badan untuk penari wanita.Oleh kerana tarian ini ditarikan oleh masyarakat Bajau, maka pakaian asli Bajau adalah menjadi pakaian bagi tarian ini, di mana penari-penari wanitanya haruslah memakai baju `sampit', berkain sungkit, bersubang, bergelang kaki dan tangan dan berserimpak.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sementing Ibtali pinggang.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
belantan Ibsejenis kain tenun.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bara-ara Ibgarisan menegak.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bisak MSrkoyak, carik.Menyedari emaknya belum bersedia untuk baring, Ayu menarik baju tidur emaknya. Esah terdorong ke katil lalu terlentang. "Eh, koyak baju emak nanti. Budak niii! Kalau bisak baju mak ni kau ada duit nak ganti?"Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
almanis Bj, Slhiasan pada bahagian dada baju sigpit alal bimbang. Perhiasan ini seperti kerongsang dibuat daripada emas dan dijahit terus pada baju. Satu set al-manis terdiri daripada 15 keping, disusun tujuh sebelah dan satu bucu di bahagian bawah dada.Baju sigpit alal bimbang sepadan dengan tubuhnya yang langsing. Mengikut bentuk badan dan berwarna ungu, dihiasi almanis di bahagian dadanya. Saire mengayun-ayun tangannya.Sejambak Bunga EmasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabor, *tabur* Ibperihal corak yang bertompok-tompok.Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
1234

Kembali ke atas