| sadik LB | sejenis perangkap binatang yang diperbuat daripada tali dan rotan. Ia biasanya untuk menjerat tupai. | Si kura-kura sangat marah lalu berteriak, “Awak tunggulah,” lalu bergegas pulang dan dia terus membuat sadik (jerat) dan memasangnya di bawah pokok pisang. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| makai salau Ib | makan beramai-ramai bersama manang setelah selesai upacara perubatan pada larut malam. | Setelah Manang Entayang melangsungkan upacara belian, ayam pun disembelih. Orang perempuan di dapur terus memasak, dan setelah semuanya dimasak, mereka pun makan salau. Si pesakit pun meminta nasi dan apabila melihat yang pesakit itu dapat makan, anak sulungnya berteriak. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |