| berian MSb | hantaran berupa wang atau harta benda dalam perkahwinan. | Engkau menghabiskan wangmu untuk betina-betina itu, sehingga engkau tidak dapat menjelaskan berian yang masih terhutang itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| indu Ib | wanita; perempuan; betina (binatang); induk. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| patu MSb | itik surati, itik nila. | Ayam betina berlari kencang. Anak-anak ayam mencicit-cicit. Ayam jantan berlari anak sombong. Patu dan angsa terkedek-kedek. | Bahar | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |