Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat

Puisi
 

Tidaklah dapat kuikat-ikat,
     Kuikat dengan tali benang;
Tidaklah dapat kulihat-lihat,
     Mata melihat hati mengenang.


Lihat selanjutnya...(239)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(352)

297

The leopard cannot change its spots

Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah.

Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?

I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose!

Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(57)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
berayas MSrberhabis-habisan.Aku mahu bergaya, kalau tidak dapat dengan kebolehan dan kemampuannya sendiri, setelah berlaki aku dapat, apalah yang aku mahu lebih daripada itu? Seolah-olah begitu dia mengatakan kepada dirinya. "Kalau sebelum berlaki atau tidak dapat itu dan tidak dapat ini, serba kekurangan, setelah berlaki berayaslah."Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
getah, *darah getah* Ibperibahasa untuk keturunan.Andailah Petara berkenaan mengurniakan belaskasihan dan ihsan. Menghulurkan pertolongan dan bantuan. Aku dapat beroleh darah, beroleh getah. Dapat anak esok, lusa dan kemudian hari, Aku berjanji akan mengadakan satu majlis kenduri.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duya Tbkemarahan yang tidak dapat dikawal.Kenapa sampai begitu?” “Datang angin.” “Angin apa?” “Angin duyanya.” “Apa bendanya angin duya tu?” “Mak tak tahu, tak usah cakaplah.”Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pupuk Ib, MSrberansur-ansur.Dapat padi kali ini, aku bayarlah berpupuk-pupuk!” Kata-kata Lumai itu membuat Ah Chai terhenyak, kemudian ketawa seperti geli hati.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tengang Ibsejenis akar; seratnya kuat dan dapat digunakan sebagai benang untuk membuat tali kail, jerat dan jala.Ikan ditangkap dengan pancing. Talinya diperbuat daripada benang yang didapati dari sejenis akar iaitu tengang. Bubu digunakan di sungai yang besar dan ensenga digunakan di anak sungai.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
meligun Mlbarang antik.Kalau dia dapat satu cukuplah untuk menyara anak isterinya sebulan dua ini. Beberapa orang saja yang tahu kuburan lama. Kuburan lama itulah yang banyak menyimpan meligun, selepak dan barang antik yang lain.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
neang Mlsejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli.Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kodop Kdsejenis kulat; Cymatoderma elegans.Barangkali Oyong dapat disuruh untuk mengutip kodop yang tumbuh pada batang-batang kayu yang mulai mereput yang menjadi sisa jilatan api sewaktu mengurak dulu.SonggoribGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
datang kain MBrdatang bulan.Dara pun tidak dapat diharapkannya kerana badannya naik subur terlalu cepat. Agaknya kerana dia terlalu kuat makan, fikirnya sejenak. Datang kain ketika berusia sebelas tahun, sebelum sempat ditebuk telinganya. Dewasanya lebih cepat daripada yang diharapkannya dan dijangkakannya juga.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
siud MSbsejenis alat untuk menangkap ikan, tangguk.Dia seperti dapat melihat ibunya tekun menganyam tikar mengkuang, menganyam siud, menganyam karaban, menganyam savak dan sebagainya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123456

Kembali ke atas