| longgar mata udang, *gerah mata udang* Ib | peribahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah. | “Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah,” kata Keling menuding ke arah Laja. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ambal Ib, MSr | sejenis hidupan laut (solen brevis) yang berbentuk separuh selinder. Ia terdapat di beberapa kawasan persisiran pantai berpasir di beberapa bahagian di Kuching dan Samarahan. Ambal merupakan makanan laut yang enak dan popular. | Apabila ambal terkena campuran kapur ia akan menolak lidi tersebut dan cuba keluar dari pasir. Dengan pantas ambal akan diterkam dan dicabut sebelum ia sempat masuk kembali ke dalam pasir. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |