Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihias


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lawangan Bjsejenis tikar yang dihias khusus untuk pengantin sahaja.Kelihatan pengantin lelaki dan ahli rombongannya dipersilakan duduk bersimpuh di atas lawangan.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linambungan Kd Kjkain baldu hitam.Linambungan - kain baldu hitam – dulunya cuma kulit kayu (jenis poputul) yang dihitamkan. Linambungan ini dihias dengan benang-benang yang beraneka warna dan juga manik-manik dan fesyen dari jenis tangan panjang.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sulap samang Mrpondok tempat menyimpan tajau yg berisi mayat bagi kaum Murut.Petang itu, hujan renyai-renyai mengiringi keberangkatan jasad seorang pejuang untuk disemadikan dalam sulap samang, makam keluarga yang dihias dengan ukiran kayu yang utuh dan dicat dengan warna-warni yang cantik.LansaranGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lupung Ibsejenis bekas tertutup berbentuk selinder yang dijadikan tempat letak ubat-ubatan dan peralatan yang dimiliki oleh manang. Ia diperbuat daripada kulit kayu enteli, manakala talinya daripada kulit kayu tekalong. Ia biasanya dihias dengan manik dan bulu ayam.Manang Jamba terus membawa keranjang kecil yang bernama lupung ke bilik. Orang lain juga sama-sama pergi ke dalam bilik menyertai manang. Anak Raja Buaya yang sakit bernama Laminah itu sedang berbaring kerana sakit tenat.Antologi Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas