Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijampi


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pugai II LB, Ml, MSrsesuatu yang dijampi untuk memikat hati seseorang, guna-guna.ada suatu hari, datanglah dukun yang sanggup mengubati Merawi. Dukun yang terkenal itu pandai menilik, pandai mengubati penyakit. Dia juga dikenali oleh sebilangan kecil pemuda di kampung itu, kerana pandai membuat ubat guna-guna, tegasnya pugai-memugai.Novel Dugaan TerakhirGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
minyak sakang Kn, MSrsejenis minyak yang dijampi dan digunakan untuk menjadikan seseorang sakit atau gila apabila terkena padanya.Umbai tidak kira, kalau lakinya yang memberi malu, lakinya itu akan dibunuh. Kalau tidak berjaya dengan parang atau senapang, dia akan cari minyak sakang. Akhirnya lakinya itu akan mati juga. Manusia yang tidak berguna hidup harus mati.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pentik Ibpatung yang diperbuat daripada kayu yang dijampi kemudian didirikan di sisi rumah, ia dipercayai boleh menghalau kejahatan yang bakal menimpa.Buang saja pentik itu, kata mereka. Pentik itu pun dihumban ke dalam lubuk. "Kita ni nak ngayau ditanyanya pula," kata mereka lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bengas Skbinatang atau lain-lain yang memusnahkan tanaman atau haiwan.Bukan Kito sendiri tidak tahu kalau bengas sudah menyerang, tiada sesiapa yang dapat menghalang kecuali dijampi dan dimantera. Tulah bukan datang dua atau tiga kali. Tulah hanya akan datang sekali.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas