| lengga Ir | sifat semula jadi seseorang, apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan tidak dapat dilakukan dengan segera. Walaupun demikian tugas yang diberikan kepadanya dilakukan dengan sempurna. | (a) Oleh sebab ia lengga, guru tersebut memberi masa yang lebih untuk menyiapkan tugasan, berbanding dengan murid-murid yang lain. | Lengga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| goronai Tb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Dalam kesibukannya untuk mengekalkan kepercayaan penduduk kampung, dengan kuasa goronai dan gimbaran, tiba-tiba Odu Launai terasa tercabar dengan kehadiran seorang guru muda yang baru bertugas di kampung itu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pelibas MSb | penawar racun. | Tidak, Embok Ali akhirnya membawa orang-orangnya menyerbu ke arah kompeni. Mereka menyerang dengan keris terhunus. Ketika inilah anak murid Embok Ali itu berdiri, lalu dia menjerit dan membaca pelibas dan petunangnya. Dia menjerit: Apa boleh buat Pak Guru, bertempurlah kita!" | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |