| kibut Ib | sejenis bekas besar daripada kaca atau plastik untuk mengisi air. | Ada juga yang terpaksa pergi sebentar ke pekan untuk membeli gula, minyak masak, tembakau, garam dan minyak tanah. Mereka tidak perlu membeli banyak minuman keras kerana terdapat lapan bekas kibut sumbangan Tauke Juho. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tekwan Ib, MSr | teko yang dibuat daripada kaca. | Talam berisi tekwan air limau berais dan sebiji gelas itu dibawanya keluar rumah. | Novel Kedamaian Yang Hilang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sebundaki, *sobundaki* Kd | bahagian kulit halus di pangkal kuku. | 1. Kaca itu terlekat di bahagian sebundaki pada jari kanak-kanak itu. | Antara Pemutar Skru dan Kisus | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |