| gorutus Kd Km | sejenis seluar panjang yang pada bahagian kakinya kecil. | Gorutus - seluar yang potongannya kecil di bahagian kaki - jenis seluar panjang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| engkabang Ib | sejenis pokok dan buah. | Sampai di kebun, kakinya melangkah ke batas ubi kayu dan ubi keledek, kemudian menuju ke dangau di tepi semak di bawah pokok engkabang yang meredup itu. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| inan Kd, Mr | sapaan hormat untuk makcik. | Inan Lihu kelihatan duduk membelakanginya, di atas anak tangga pertama. Kedua-dua belah kakinya terjuntai-juntai. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| modtudau Kd | adat berjaga malam, selama tujuh mlm, apabila seseorang meninggal (dalam masyarakat Kadazandusun). | Mata Umbit yang cengkung itu menyapu merah tanah yang ada di hujung kakinya. Dan, hari ini adalah hari ketujuh dari hari kematian Oyong itu. Ini bererti, malam ini juga merupakan malam terakhir bagi medtudau di rumah. | ‘Songgorib’ | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kucingan MSb | sejenis pokok semalu yang memanjat. | Nanak melintasi kawasan belukar kecil di kiri dan kanan jalan. Belukar itu sering dilewatinya pada setiap hari. Pokok kucingan dan daun-daun lalang melambai-lambai ditampar angin petang. Ada kalanya kakinya bergesel dengan daun-daun lalang. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| asam membangan, *asam embang* Ib, MSr | sejenis pokok tinggi, berdaun besar dan lebar (pucuk muda boleh dibuat ulam). Buahnya bulat berwarna kuning dan boleh dimakan. Bijinya dibakar sebelum dimakan. | Kalau musim buah, sambal asam membangan dan gulai pucuk ubi masak lemak lagi hebat, fikirnya. Liau Tangah sendawa. Dia melunjurkan kakinya sambil bersandar pada dinding. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |