| benda lelekap Ib | sejenis tempayan. | Dia memandang ke arah Batang Rimbas dan ternampak sebuah tajau benda lelekap terapung-apung di air. Munan lalu menyeberang untuk mengambilnya. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| merarau Ib | makan tengah hari. | Cikgu Awang memandang ke arah beberapa orang pelajar yang berbaris untuk mendapatkan makanan pada waktu merarau itu. | Rahsia Saidin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tapak Bj Sm, Ir, Tb | pinggan kecil. | Matanya terus menekup ke arah cangkir kopi yang belum terusik itu. Tangannya segera menjangkau tapak yang berisi ubi rebus ditabur kelapa parut itu. | Sup Ekor | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gonob Kd | kain sarung yang ditenun. | Sangkawanh mengakhiri mandinya. Dia berlari ke arah gonobnya. Dia pasti gonob itu ditaruhnya di banir pokok yang besar. Gonob itu sudah tiada di situ. | Utusan Borneo, 12 Februari 2003 | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pelibas MSb | penawar racun. | Tidak, Embok Ali akhirnya membawa orang-orangnya menyerbu ke arah kompeni. Mereka menyerang dengan keris terhunus. Ketika inilah anak murid Embok Ali itu berdiri, lalu dia menjerit dan membaca pelibas dan petunangnya. Dia menjerit: Apa boleh buat Pak Guru, bertempurlah kita!" | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sepak manggis MSb | sejenis permainan tradisional yang menggunakan bola sepak raga. Bola tersebut disepak secara berpasangan (dua orang) menuju ke arah bekas di tempat tinggi, dalam bekas tersebut diletakkan sejumlah wang yang akan menjadi milik pemain sekiranya bola tersebut mengenainya. Permainnan ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan atau keramaian. | Sebelum itu orang-orang Bajau itu telah mengadakan pesta pada malamnya. Di samping belang, titik dan runsai, mereka mengadakan perlawanan sepak manggis memperlihatkan ketangkasan mereka," terang Cikgu Damit lagi. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| pampai Ib | sejenis kain selindang yang diperbuat daripada kain tenun. | Perhiasan enyawir tersirat rapat tiada jurang. Pampai amat sesuai berjuntaian ke arah belakang. Sumping telinga tergantung-gantung bercahaya terang. (hlm. 45) | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tinubou, *tinubau* Ir | sejenis tarian tradisional suku kaum Iranun, Ia ditarikan dengan cara seorang berlari sambil menari dan membawa sapu tangan kemudian melemparkannya ke arah orang yang lain, seterusnya orang tersebut bangun dan mengulangi perbuatan yang sama. | Puyut yang pernah dikibarkan kepada Jamjin di majlis tarian tinubou, di kampungnya dulu, tidak ada lagi dapat menenangkan jiwanya. Tidak seperti waktu Jamjin kibaran puyut daripadanya dulu. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| agugulir Mr | tanda yang dipakai menandakan masa berkabung seseorang seperti meletakkan kain hitam di atas bahu mereka. | Pandangan mata Kinawa segera beralih ke arah yang ditunjukkan oleh Paring. Di situ dia melihat agugulir itu. Insaflah dia. Dia terlalu mengikut runtunan hatinya, hingga lupa kepada keadaan Paring yang sedang memakai tanda agugulir itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| neang Ml | sejenis pokok, buahnya berbentuk bulat dan dapat dijadikan mainan seperti permainan guli. | Sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi cengkerik. Sesekali kulemparkan pandangan ke arah pokok kayu neang yang diserikan oleh kelip-kelip. Sungguh indah sekali malam itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |