| Belian Ib | upacara mengubati orang sakit oleh manang. | Selang empat hari kemudiannya, empat orang pemuda yang dulu itu datang lagi untuk menjemput dia mengadakan upacara belian. Apabila mengetahui bahawa Manang Engkejuang teringin sangat untuk pergi belian, tambahan pula keempat-empat orang pemuda itu sudah naik dari pangkalan, Manang Entayang pun masuk ke bilik lalu menyapu mukanya dengan arang dan jelaga, sambil duduk berdekatan dengan dapur. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tampin Mr Tl | proses menyimpan padi (yang siap ditampi) mengikut kuantiti hasil tuaian pada ketika itu. | Padi yang siap ditampi kemudiannya disimpan di tempat simpanan yang berbeza dari segi saiz bergantung pada kuantiti dan jenis bekas yang dimiliki oleh petani. Proses ini dipanggil tampin. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tu'ung, *tuung* MSb | bekas. | ii) Untuk batang padi yang diketam dengan sabit maka batang-batang ini ditumpukkan di atas tikar dan kemudiannya dibanting ke dalam bekas (tu'ung) yang dipasang dengan adangan. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |