| ketam kelitak MSr | sejenis ketam bakau. | Tiba di satu selekoh, Anjang Husin membuat putaran yang mendadak. Beberapa ekor ketam kelitak yang merayap di dahan puncak pokok bakau yang separuh tenggelam, berterjunan ke dalam air bila terkena gegaran ombak dayung Anjang Husin. | Antologi Cerpen Hati | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| geramak Ib | sejenis ketam kecil. | Di tangannya ada karung plastik hitam. Kasau tahu, itu tentu geramak. Tentu Umai begitu gembira menangkap geramak di sawah. Geramak suka menyorok di bawah daun-daun kelapa kering, di celah-celah tunggul. Atau di celah-celah rumput kering. | Buaya Putih Buaya Kudung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| buyut Kd Km | tanah lumpur membusut (busut ketam) yang biasanya menjadi tempat pemujaan apabila seseorang jatuh sakit. | Tidak, kata orang lain, "Bibi gila." Tiba-tiba kegemparan berlaku lagi. Ribut tiba-tiba melanda dan menggegarkan pokok-pokok di sekitaran buyut itu. Dan, mereka pun terpaksa berpatah balik. Sekali gus membatalkan rancangan mencari Bibi, ketika itu. | Nur Etika | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |