| tengkok, *tengkuk* Ib | sejenis pokok memanjat, buahnya dimasak lama kemudian direndam dalam air yang mengalir sebelum dimakan untuk membuang racunnya. | Bahan-bahan yang diperlukan dalam proses ngembun ialah kunyit, halia, minyak kepayang, buah tengkok, garam mengkudu atau garam nipah, buah kepayang dan kulit buah langir. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sengkenyang Ib | sejenis tumbuhan bebawang yang berdaun lebar. Ia ditanam bersama-sama dengan tanaman padi. | Ya, kalau sudah begitu, bawalah apa-apa saja yang kamu sayangkan di sini, dari huma dan tanah kamu. Seperti tumbuhan sengkenyang untuk permainan semangat padi kamu, cekur, kunyit dan lain-lain, kata Keling. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |