| mit Ib | kecil. | Mengapalah bapa mit ini tak pulang-pulang? keluh isteri Irang. Dia gelisah menunggu, dia bukan saja takut tetapi tidak ada sesiapa yang boleh membantu dia di rumah. Sedang isteri Irang gelisah menunggu dia terdengarkan sesuatu bunyi aneh seolah-olah ada sesuatu atau seseorang berjalan melalui jambatan yang dibina menuju ke rumah. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| asu Ib, MSr | anjing. | Bala Maloh terkejut mendengar kata-katanya itu kerana mereka menyangka Radin minta tangguh kerana masih menunggu anjingnya. Ini ialah kerana asu bermaksud anjing. Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| berjaur MSr | menunggu buah gugur. | Mereka seperti biasa: mereka memasang pandik, menjaul baung, menahan sarang belida atau melalau petian di sungai. Kadang-kadang mereka bermain guli. Apabila musim durian junterah mereka berjaur di dusun sehari suntuk. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ruai Ib | ruang menunggu, ruang legar, lobi. | Minta daripada Sunti nasi pulut dan nasi biasa kalau sudah masak nanti," katanya pada Tarang yang tercegat di pintu ruai. | Gugurnya Langit Hijau Nanga Tiga | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| nadai Ib | tidak; bukan. | Jimbai masih bertenang menunggu tindakannya. "Sial! Celaka! Lelaki nadai guna. Lebih baik kaumampus." Gemuruh geram dan benci menggoncang-goncang perasaannya bagai ombak pantai menyerang beting. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| rangka Ib, MSr | tamak haloba. | Nasib baik juga Apai Kejuang dan balanya masih sanggup menunggu. Bakak yang juga bergelar Asu Rangka atau Anjing Gelojoh sebenarnya sudah ada di situ tetapi Maloh tidak mengenalinya. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lingkoh Bj | Ikan alu-alu; Sphyraena jello. | Azmi sudah lama menghulur mata kailnya ke dalam laut. Kini dia menunggu. Pak Cik Hassan pula dapat menarik seekor lagi ikan lingkoh sebesar yang ditangkap oleh Amir. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| talun Kh, LB | sejenis pokok yang kulitnya boleh dibuat pakaian, tali, dan topi. | Apabila Acung Belu sudah pergi, Libau Buduk pun duduk berehat di atas lesung sambil menunggu. Tidak berapa lama kemudian, dia pun ternampak seorang yang berpakaian talun membawa tayen belalung. | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| idas Bd, Ib | sejenis tikar yang dianyam daripada rotan kulit kayu. | Mereka berkejar pulang ke Panggau Libau. Sampai di sana mereka nampak tikar dan idas sudah dihamparkan di pelantaran untuk menyabung semula, hanya menunggu ketibaan mereka berdua. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| dorongan Kd | tali-tali yang terdapat pada alat muzik tongkongan. | Pada umumnya sebuah Tongkungan mempunyai tali dan ketujuh-tujuh tali berkenaan dinamakan dorongan dan manakala setiap dorongan ini mempunyai nama yang tertentu. | Tongkungan Dimain Ketika Menunggu Padi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |