| berenong, *renong* Ib | balada cinta yang dinyanyikan oleh seorang lelaki. | Malam itu, ketika orang-orang sedang memasak, mereka sama-sama terdengar suara orang berenong (jenis nyanyian) dengan suara lantang menghilir Sungai Paku dan melimpasi hadapan rumah mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| kungkuvak Kd | wisel daripada batang padi. | Pada hari ketiganya, babalizan-babalizan tadi lalu mengarahkan kepada orang-orang yang hadir di upacara itu untuk meniup kungkuvak - seruling batang padi, tidak pilih sama ada ia seorang kanak-kanak, orang dewasa ataupun yang telah tua, termasuk yang wanitanya sekali. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| tinubou, *tinubau* Ir | sejenis tarian tradisional suku kaum Iranun, Ia ditarikan dengan cara seorang berlari sambil menari dan membawa sapu tangan kemudian melemparkannya ke arah orang yang lain, seterusnya orang tersebut bangun dan mengulangi perbuatan yang sama. | Puyut yang pernah dikibarkan kepada Jamjin di majlis tarian tinubou, di kampungnya dulu, tidak ada lagi dapat menenangkan jiwanya. Tidak seperti waktu Jamjin kibaran puyut daripadanya dulu. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| gawai ranyai Ib | suatu upacara untuk menawarkan sumpah. | SERAPOH tinggal di Batang Kapuas. Dia mempunyai empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agama mereka pada ketika itu mungkin agama Hindu. Ini adalah kerana apabila mengadakan Gawai Ranyai, tiang yang mereka gunakan untuk mendirikan patung kenyalang disebut candi, sama dengan nama candi yang terdapat di kuil Hindu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| panduk-panduk Bj Sm | tempat berteduh, khemah. | Cikgu Jamrah. Dia memilih seorang ustazah dari Kuala Lumpur, jelas orang itu lagi. "Baguslah itu. Eratlah hubungan mesra bangsa serumpun," kata Pak Hilun. Ia berjalan menuju ke arah orang ramai di sebuah panduk-panduk. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| magansip Mr | kepit, sejenis bentuk tarian orang Murut. | Dia terbayang bagaimana suaminya yang menjadi salah seorang pemain alat-alat muzik tradisional, memalu gong dan kadang-kadang menari magansip berpasangan dengan penari wanita yang jelita. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| bertitik, *betitik* Bj | memukul kulintangan | Ada orang bertitik di sini, apa mereka buat? tanya Pak Hilun kepada salah seorang penduduk yang ada di tepi pangkalan di situ. | Yanti Si Anak Laut | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| sili Kd | lantai rumah. | Pada suatu hari, kononnya sekumpulan orang kampung telah pergi ke hutan untuk membuat sili/sulin atau lantai rumah. Salah seorang daripada mereka sangat suka bergurau dengan rakanĀ-rakannya. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| ngetu Ib | berhenti sebentar. | Tidak seorang pun di dalam rumah panjang itu yang mengenali siapa tetamu itu. Mereka termenung seperti ikan empelekong yang mabuk tuba lalu berhenti ngetu seribu orang di situ seperti jelu yang membuka pintu puntang reraga. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| goronai Tb | makhluk halus yang menjadi orang suruhan atau pembantu bomoh. | Dalam kesibukannya untuk mengekalkan kepercayaan penduduk kampung, dengan kuasa goronai dan gimbaran, tiba-tiba Odu Launai terasa tercabar dengan kehadiran seorang guru muda yang baru bertugas di kampung itu. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |