| papan turai Ib | papan kayu yang lembut sebagai tempat mencatat (dengan melukis) urutan peristiwa dalam nyanyian suci (pengap dll). | Puisi ini berbentuk tetap dan untuk mengingatinya disediakan tempat mencatat yang disebut ‘papan turai’ yang ditanda dan dapat difahami oleh pencatatnya sendiri sahaja. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| atang Mr | papan rentang berukir (hiasan dinding) berbentuk seperti burung enggang. | Balon terus mencuba. Balon mahu membuktikan yang dia tetap gah dalam tarian itu. Menari-nari sisitan dan atangnya apabila tersentuh kingkilat. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| wasoi Kd, Tb | alat seperti beliung, biasanya digunakan untuk menarah papan. | Peralatan moden juga perlu untuk menggantikan alat-alat tradisional agar proses pembuatan menjadi lebih cepat dan mudah. Contohnya: 1. Pais diganti dengan pisau 2. Susuput diganti dengan Soldering Kit.elektrik. 3. Sopinit/Sopilut diganti dengan gam yang kuat dan mudah kering. 4. Dangol digantik dengan gergaji halus/gergaji besi.5.Wasoi diganti dengan kapak penebuk/pengaut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| lanting Ky, MSr | pangkalan yang dibina daripada kayu balak, buluh, tong yang dilapik dengan papan. Ia lengkap dengan tandas dan atap. | Engkau orang boleh ambil tanah ini tapi tidak rumah ini! Rumah ini rumah turun-temurun, warisan nenek datuk aku," jelas Wak Angai suatu hari apabila dia berdiri di tepi bangsal lantingnya itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
| imbuk Ib | sejenis burung liar seakan-akan merpati, bulunya berwarna biru kehitam-hitaman. | “Hem, saudara. Kami hendak pergi menangkap burung imbuk yang tidur di atas pentas papan. Kami hendak memerangkap burung sengayan yang tidur berbantalkan bungkusan bunga-bungaan kering,” jawab Laja menggunakan perumpamaan. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |