Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kibut Ibsejenis bekas besar daripada kaca atau plastik untuk mengisi air.Ada juga yang terpaksa pergi sebentar ke pekan untuk membeli gula, minyak masak, tembakau, garam dan minyak tanah. Mereka tidak perlu membeli banyak minuman keras kerana terdapat lapan bekas kibut sumbangan Tauke Juho.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
geramak Ibsejenis ketam kecil.Di tangannya ada karung plastik hitam. Kasau tahu, itu tentu geramak. Tentu Umai begitu gembira menangkap geramak di sawah. Geramak suka menyorok di bawah daun-daun kelapa kering, di celah-celah tunggul. Atau di celah-celah rumput kering.Buaya Putih Buaya KudungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
seladan Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Beberapa helai seluar dan baju lusuh terbungkus erat dalam sebuah plastik juga dimasukkannya ke dalam perut seladan.Mengepung MimpiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
penyaram Ib, LB, MSrsejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah yang telah diadun dan seterusnya digoreng.Tiga empat begitulah. Dia mengambil sendiri kuih rangin itu dan memasukkannya ke dalam karung plastik kecil yang dikhaskan oleh Khatijah untuk memuatkan kuih yang dibeli orang. Kemudian dia mengambil sebuah karung lain dan mengisinya dengan empat biji kuih penyaram.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas