Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kipas-kipas Bj, Slperhiasan lepa berbentuk bendera segi tiga.Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
empasan Ibsejenis rumput yang tinggi; daun tajam dan batang berbentuk segi tiga.Dibantunnya pucuk empasan dan diselitkan pada lipatan kain penutup kepalanya.Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
salingguru Bj, Sltali panjang pada lepa.Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
panji-panji Bj, Sl, Tbhiasan lepa.Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sambuhlayang, *sambulayang* Bj, Ir, Slbendera segi empat tepat.Untuk majlis perkahwinan pemasangan layar yang berfungsi sebagai perhiasan berbentuk segi tiga dipanggil ‘kipas-kipas’ dan bendera segi empat tepat dikenali sebagai ‘sambuhlayang’ dan ‘panji-panji’ digunakan untuk menghiasi lepa. Manakala tali panjang pada lepa itu dipanggil ‘salingguru’.www.berita Harian. com.myGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pisang-pisang Bj, Tbsejenis perhiasan pada hari perkahwinan yang berbentuk bendera tiga segi yang dipacak pada tanah.KEBERANGKATAN Nanak tidak dihantar dengan paluan tenggugu. Tidak juga dihantar dengan hiasan pisang-pisang dan tunggul-tunggul. Hari itu Nanak cuma diiringi oleh deraian air mata seorang ibu dan resahnya hati seorang gadis yang bermata bulat dan ayu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanjik Ibbekas daripada anyaman rotan yang digunakan untuk menyimpan atau membawa padi. Ketinggiannya lebih kurang tiga atau empat kaki dan mempunyai empat batang tiang kecil. Permukaannya berbentuk bulat manakala bahagian bawahnya berbentuk empat segi.Dikeluarkan padi itu dari lanjik di ruai Jeragan dan Manan, ruai itu pun penuh. Sudah tiga buah ruai penuh dengan padi. Begitu juga apabila padi pulut dikeluarkan dan diletakkan di atas tikar, dua buah ruai yang lain juga dipenuhi padi pulut itu. Gembiralah Ensiring kerana pada sangkaannya padi itu memang tidak cukup dimakan sepanjang tahun, kerana kelihatan sedikit dalam lanjik.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas